"You meet the nicest people on a Honda" Honda_Cub

Pada Jun 1963 di media AS,[24] Honda memulakan kempen pengiklanan 12 tahun "You meet the nicest people on a Honda" (Anda bertemu dengan orang paling budiman menaiki Honda), dicipta oleh Grey Advertising.[25] Grey membeli idea tersebut daripada seorang pelajar ijazah di Universiti California Los Angeles (UCLA), yang mereka konsep ini untuk tugasan kuliahnya.[26] Peristiwa tersebut menandakan bermulanya zaman kejatuhan motosikal buatan AS dan British di pasaran AS, serta kebangkitan Honda serta syarikat motosikal Jepun lain.[27][28][29] Pada Disember 1965, Edward Turner berkata jualan motosikal kecil Jepun masih baik untuk BSA, menarik penunggang baharu yang bakal berhijrah ke mesin lebih besar, tanpa menyangka bahawa Jepun boleh mara dalam masa 5 tahun berikutnya untuk mengancam motosikal British secara terus dengan model-model yang lebih canggih seperti Honda CB750.[15]

Unsur spesifik rekaan Cub disepadukan di dalam kempen, seperti penutup rantai yang menghalang minyak rantai daripada mengotori pakaian penumpang, serta perisai kaki yang menghalang puing jalan serta menyembunyikan enjin, serta transmisi separa automatik yang mudah digunakan. Persembahan Cub sebagai perkakas pengguna[13] tidak memerlukan perubahan sikap serta identiti kepada "penunggang motosikal" atau "mat motor", membezakan tawaran Honda, kerana, "dedikasi yang diperlukan untuk mengekalkan motosikal pada era tersebut mengehadkan milikan kepada demografik yang begitu kecil, biasanya dari kalangan lelaki muda yang dikenali dengan jaket kulit hitam serta perwatakan bengis."[30]

50 cc CA100, versi A.S.

Daripada sekadar terhad kepada cuba memujuk pembeli lelaki tradisional untuk berhijrah kepada Honda daripada jenama lain dengan penampilan macho sebagaimana iklan motosikal pada masa tersebut, Honda memecahkan tradisi baru. Kempen iklan membantu memperbaiki imej penunggang motosikal secara amnya serta mengembangkan saiz pasaran motosikal dengan menarik penunggang baharu.[29][30] Brian Wilson dan Mike Love menulis lagu tahun 1964 "Little Honda", menunjukkan keseronokan menunggang Honda 50, malah menjemput pendengar untuk berkunjung ke bilik pameran Honda, dalam gaya bahasa yang berbunyi seolah-olah ia ditulis, atau sekurang-kurangnya mereka diupah, oleh pengiklan Honda, walaupun ia bukanlah lagu iklan komersil.[16] Lagu tersebut dilancarkan oleh The Hondells pada tahun 1964, diikuti pelancaran rakaman asal oleh The Beach Boys.[16] Pada tahun 1965 The Hondells melancarkan lagu "You Meet the Nicest People on a Honda", satu lagi lagu yang mempromosikan Cub, sebagai muka B bagi lagu "Sea Cruise" versi mereka[31]

Contoh kempen "Young America" Harley-Davidson.

Kempen jangka panjang ini, termasuklah slogan, muzik, serta imej orang terhormat, kelas pertengahan dan atasan, terutamanya wanita, menunggang Honda menjadi sinonim dengan jenama Honda sejak sejak itu.[5][27] Imej yang direka Honda bertentangan dengan imej ahli geng motosikal "jahat" serta menjadi titik fokus bagi peningkatan sentimen mengutuk Jepun bagi motosikal Harley-Davidson buatan AS.[28][32]

Selain peminat Harley-Davidson, syarikat itu sendiri mempunyai reaksi lebih berkonflik terhadap kempen "You meet the nicest people" Honda yang berjaya. Pada mulanya mereka berasa tersinggung dengan pandangan bahawa penunggang Harley-Davidson bukanlah "orang budiman." Harley-Davidson telah, sejak penubuhannya sejak tahun 1903, memupuk imej terhormat, serta tidak akan bersekongkol dengan demografik geng motosikal dari kalangan pangkalan pelanggan mereka untuk sekurang-kurangnya sepuluh tahun. Pada tahun 1964 mereka menafikan sebarang kaitan dengan ahli geng motosikal, serta menjauhkan diri mereka daripada implikasi kempen Honda. Tetapi mereka juga "mencuba untuk memilikinya dalam kedua-dua cara", dan seterusnya mengikut jejak Vespa dan Yamaha dalam menghasilkan iklan yang "disyaki menyerupai" kempen "You meet the nicest people."[33][34] Sama ada mereka berasa tersinggung oleh ataupun meniru Honda, pada masa itu Harley-Davidson tidak berkongsi interpretasi bahawa iklan Honda, "menambah kepada imej macho Harley."[35]

Rujukan

WikiPedia: Honda_Cub http://www.thenational.ae/lifestyle/motoring/the-s... http://100megsfree4.com/honda/h0050/cub.htm http://www.autoblog.com/2009/10/23/tokyo-2009-hond... http://www.automobilemag.com/features/news/0908_fi... http://www.gizmag.com/honda-2wd-electric-motorcycl... http://books.google.com/books?id=30sEAAAAMBAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=49Tc7jRSBrIC&pg=P... http://books.google.com/books?id=CSxTaoGagKoC&pg=P... http://books.google.com/books?id=F0P8kvrs9iEC&pg=P... http://books.google.com/books?id=GikEAAAAMBAJ&pg=P...